MODUL RAWATAN DADAH
PUSAT PERUBATAN ISLAM SEHATI
Empat Sesi Rawatan:
Sesi 1 :Mengeluarkan Iblis dan Bisa Dadah daripada tubuh badan si penagih.
Kaedah:
1. Klien dikehendaki solat hajat terlebih dahulu, di pusat rawatan.
2. Klien akan diberi minum air tawar .
3. Perawat akan menarik keluar iblis menggunakan tenaga dalam dan ayat-ayat suci Al-Quran.
Sesi 2 :
Mengeluarkan Ketagihan Dadah dalam diri Klien.
Kaedah:
1. Klien akan diberi minum Air Penawar Dadah SEHATI dan kebiasaannnya klien akan muntah. Masa diberi sehingga selesai muntah.
2. Klien diberi rehat seketika lebih kurang 15-20 minit.
Sesi 3 :
Mandian untuk membersihkan klien dari kekotoran najis dadah.
Kaedah:
1. Menggunakan air biasa dan bahan-bahan pembersih biasa seperti sabun dan syampu. Dilaksanakan oleh klien sendiri.
2. Mandian akhir dan bilasan menggunakan air dan ramuan khas yang telah selesai pengisian. Dilalkukan oleh Perawat.
Sesi 4 :
Rawatan di rumah.
Klien akan dibekalkan dengan bahan-bahan berikut:
i . Air Tawar SEHATI
ii . Air Penawar Racun SEHATI
iii. Raja Penawar SEHATI
iv. Garam Buku siap diisi.
v. 7 biji kelapa muda + set pelengkap
vi. Sekilo gula dan sekilo beras yang siap diisi.
Kaedah :
1. Setiap pagi sebelum sarapan klien dikehendaki mengambil sebiji kelapa muda dan dipotong. Selepas itu ambil 7 buku garam dimasukkan ke dalam air kelapa lalu diminum dan isinya dimakan. Lakukan selama 7 hari berturut-turut. Kemungkinan klien akan muntah.
2. Air Tawar Sehati, Penawar Racun Sehati dan Raja Penawar Sehati hendaklah diminum 3 kali sehari (minimum) pagi, tengahari dan malam.
3. Gula hendaklah dimasukkan dalam setiap minuman bergula klien.
4. Beras hendaklah dimasukkan sedikit semasa memasak nasi.
5. Keluarga atau penjaga klien dinasihatkan memasukkan sedikit air Yasin atau air zamzam dalam setiap masakan, minuman atau makanan.
Assalam..saya ingin bertanya almat penuh pusat perubatan ditempat tuan
ReplyDeleteas salam ..boleh sy tau lokasi di mana.
ReplyDeleteBrape kos rawatan
ReplyDelete