Monday 24 October 2011

PENGISIAN ILMU TENAGA DALAM

ILMU SILAT KEBATINAN CAHAYAHATI NUSANTARA ( SEHATI )

ASSALAMUALAIKUM :
PENGENALAN :


SENI SILAT KEBATINAN CAHAYA HATI NUSANTARA (SEHATI) adalah ilmu yang bersumberkan KEKUATAN BATIN yang berasaskan ASMA ALLAH SWT untuk mendidik akhlak yang MULIA, BERIMAN, BERTAQWA DAN BERAMAL SOLEH.Ilmu ini diperkenalkan bukanlah untuk menandingi mana-mana ilmu kebatinan yang lain,malah segala pendapat atau pandangan amat kami alu-alukan agar dapat mengeratkan lagi ukhwah antara satu sama lain.

INSYALLAH DENGAN IZIN ALLAH S.W.T ILMU ini dapat membangkitkan kekuatan batin untuk menangkis segala kejahatan KASAR/HALUS.Ilmu ini adalah ilmu yang berasaskan kitab suci AL-QURAN iaitu peristiwa luar biasa yang diberikan
kepada orang-orang muslim yang soleh , yang merupakan pertolongan daripada ALLAH S.W.T,berkat bantuannyalah ilmu ini mampu membuat orang -orang yang berniat jahat TERPELANTING jauh TANPA DISENTUH sekaligus ianya akan dapat meneguhkan mental dan keimanan terhadap kebesaran ALLAH S.W.T.Setiap pergerakan dalam ilmu ini disertai dengan ucapan ALLAHUAKHBAR untuk menangkis segala serangan dari musuh yang menyerang menggunakan senjata tajam bahkan senjata api, YAKIN DAN POHONLAH pertolongan daripada ALLAH S.W.T.

Diibaratkan sediakan PAYUNG sebelum hujan, insyallah payung itu akan berguna walaupun hujan itu lebat sekalipun namun payung itu akan tetap melindungi si pemayung daripada terkena hujan. Untuk itu, cari dan belajarlah ilmu yang suci di sisi ALLAH S.W.T. supaya tidak TERSESAT JALAN. Jadilah hamba ALLAH S.W.T. yang beriman, tuntutlah ilmu yang dapat dimanafaatkan di dunia dan di akhirat dan ikhlas kerana ALLAH SWT. Jadilah hamba ALLAH yang berilmu untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Ilmu ini bukan ilmu yang mudah hilang, malah ianya akan kekal dan dapat dimanafaatkan seumur hidup asalkan sentisa patuh pada segala perintah ALLAH SWT dan meninggalkan segala larangannya.Seseorang yang memiliki ilmu ini tidak boleh sama sekali bersifat takbur,sombong dan merasakan dirinya hebat serta menunjukkan kehebatannya di khalayak ramai, malah harus merendah diri, dan tidak boleh
sama sekali melanggar undang-undang yang ditetapkan pemerintah dan mengancam keamanan negara jua harus mengikuti segala syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perguruan.

Ilmu ini bukan ilmu kekerasan dan tidak boleh digunakan untuk menyerang terlebih dahulu malah jika terbabit dalam pertikaian, ilmu ini boleh digunakan dengan penuh keyakinan. Kata ulamak ilmu boleh dipelajari asalkan niatnya ikhlas kerana ALLAH S.W.T. dan amalannya bersumberkan dari AL-QURAN.

''Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu pada ALLAH S.W.T. dan selalulah kamu bersama orang-orang yang benar'' - (QS. At-Taubah 9:119)

Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada perasaan sombong walaupun hanya sebesar debu sahaja.

MANAFAAT ILMU
- Menambah kewibawaan dan disenangi orang ramai
- Dapat mengatasi masalah besar@kecil
- Menambah kesihatan lahir dan batin
- Melindungi diri dari segala macam kejahatan halus@kasar seperti perkosaan,
  perompakan,kecurian kenderaan,pukau dan lain-lain
- Keharmonian rumahtangga
- Menjatuhkan penjahat (musuh )dengan pandangan mata dari jarak 100 meter
- Penguncian dan mengalih serangan penjahat agar tak berdaya
- Membuat penjahat tertidur
- Mengikat penjahat tanpa menggunakan tali
- Menarik pencuri dari jarak jauh
- Menghilangkan kewibaan dan kekuatan penjahat
- Mengalih ilmu kepada benda lain
- Insyaallah dengan izin allah swt kebal dari senjata tajam,api dan lain-lain
- kursus pengubatan jarak jauh
- Berpengaruh diperingkat bawahan dan atasan

TETAPKAN KEYAKINAN DAN POHONLAH PERTOLONGAN DARI ALLAH SWT

SYARAT-SYARAT :
 -WAJIB mendirikan solat lima waktu.
- tidak boleh minum minuman keras
- tidak boleh berjudi
- tidak makan makanan haram
- tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
- tidak boleh berlagak sombong
- tidak boleh melakukan kejahatan


PUSAT RAWATAN ISLAM SEHATI
Bersedia merawat segala jenis penyakit lahir dan batin mengikut kaedah islam
Di samping itu, kursus-kursus PERUBATAN MENGIKUT KAEDAH ISLAM jua disediakan yang akan dikendalikan oleh En. Wan Zamri Wan Ahmad yang mana segala kursus untuk mengubati semua jenis penyakit akan diberi secara terperinci termasuk kursus pengenalan herba untuk dijadikan ubat-ubatan.Untuk merawat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, barah, urat saraf dan sebagainya.Kursus yang diberi jua merangkumi penyakit lahir dan batin yang dikaitkan dengan gangguan makhluk halus dan sebagainya. Insyallah semoga semuanya akan dapat memberi MANAFAAT UNTUK KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT

Yuran Pendaftaran :
Proses PENGISIAN ILMU KEBATINAN DAN KURSUS PERUBATAN beserta buku amalan   asas dan kaedah perubatan islam.
-MAHAR RM300
 
UNTUK URUSAN PENDAFTARAN DAN PERTANYAAN :
Sila hubungi :
EN ZULKIFLI B MOHAMED - 013 9454517       ( PK GURU )
EN WAN ZAMRI B WAN AHMAD - 013 9470315     ( TIMBALAN )
EN WAN YUSRI AZRI B WAN JUSOH-016 9800037   ( SETIAUSAHA )


-




Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

No comments:

Post a Comment